KONTAK SAYA

Email Twitter Facebook

TELUSURI

GALERI FOTO

Kategori Arsip Daftar Isi

MULAI DARI SINI

Pelayanan Portfolio Pembayaran

Jumat, 17 Juni 2011

Istana Potala dan Seni Lukis Thangka, Tibet

Istana Potala digelar "Mutiara di Bumbung Dunia". Imejnya kita sudah biasa melihat pada barang-barang yang berkaitan dengan Lhasa seperti poskad, T-shirt...
Istana Potala terletak di lereng Bukit Hongshan di pusat Bandar Lhasa. Oleh itu, nama asalnya Istana Hongshan ketika baru dibina pada tahun 631 Masihi ketika pemerintahan raja Songtsam Gambo.

Pada masa itu, istana ini mempunyai 1,000 buah bilik dan dewan. Tetapi dengan peredaran masa, bahagian bahagian istana Potala makin hari makin banyak yang runtuh. Akhirnya pada abad ke-17 ia dibina semula.

Istana Potala ini 13 tingkat, bangunan purba paling tinggi di Tibet. Istana ini dibina daripada batu dan kayu. Istana Potala terdiri daripada Istana Putih di bahagian timur, Istana Merah di bahagian tengah dan Rumah Lama yang berwarna putih di bahagian barat.
Istana putih itu tempat penginapan Dalai Lama, manakala di Istana Merah pula ada beberapa buah dewan Buddha dan tempat pagoda yang dibina sebagai makam Dalai Lama generasi-generasi dahulu.
Perkataan Thangka ini bahasa Tibet. Ia merupakan lukisan skrol yang dihias dengan kain sutera berwarna-warni. Ada lima warna yang merupakan warga utama lukisan Thangka. Merah, hitam, biru, emas dan perak.

Biasanya, Thangka digunakan dalam upacara pemujaan atau sembahyang. Saiz lukisan Thangka pun tak sama, ada besar ada kecil. Thangka dilukis pada kain dan dihiasi dengan sutera.

Mula-mula, corak seni lukis Thangka Tibet dapat pengaruh seni lukis India dan Nepal yang berjiran. Pada abad ke-18 hingga 19, lukisan Thangka mula bergabung dengan ciri seni lukis etnik Han.

Perubahan paling ketara adalah tempat kosong pada lukisan Thangka dilukis pemandangan gunung dan sungai sebagai latar belakang. Perkataan yang bererti "kesejahteraan" dan "panjang umur" yang digemari etnik Han pun muncul dalam lukisan Thangka.
Lebih 80% dari Thangka ini bertema keagamaan dengan lukisan potret Buddha, Bodhisattva, Lama dan sami yang terkenal dari pelbagai generasi. Selain itu, kompleks bangunan yang megah di Tibet, bangunan kuil di Tibet juga menjadi unsur lukisan Thangka. Ada juga yang berkait dengan sejarah Tibet dan yang menggambarkan riwayat hidup tokoh terkemuka dalam sejarah Tibet. Ilmu perubatan tradisional Tibet pun tercatat dalam lukisan Thangka.

0 komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons